Latar belakang Revolusi Yaman

Tahap Indek Pembangunan Manusia di Yaman antara yang terendah di dunia Arab. Yaman berkonflik dengan al-Qaeda di Semenanjung Arab. Asal keturunan keluarga Osama bin Laden berasal dari selatan Yaman. Mereka mahu Yaman Selatan dibentuk semula. Pemberontakan Shiah Houthi pernah berlaku beberapa kali di sempadan Yaman - Arab Saudi.

Presiden Ali Abdullah Saleh telah memerintah lebih 30 tahun dan anaknya Ahmad Saleh telah diwarwarkan untuk menggantikannya. Sebahagian besar penduduk mendapat pendapatan $2.00 sehari dan berdepan kelaparan yang teruk. Ramai juga yang menganggur akibat keadaan ekonomi yang teruk.[9]

Transparency International meletakkan Yaman di tangga ke-146 dalam Indek Persepsi Rasuah 2010 dan ke-15 dalam Indek Kegagalan Negara. Para pembangkang membandingkan Presiden Ali dengan Presiden Tunisia yang digulingkan Zine El Abidine Ben Ali, menyebut rasuah kerajaan[10] dan ekonomi Yaman yang teruk.[18]

Perubahan Perlembagaan Yaman sedang dibincangkan dengan pembangkang di Parlimen bagi mengurangkan tekanan penunjuk perasaan . Ali mengajak pembangkang menyertai pilihan raya pada 27 April 2011 bagi mengelakkan 'politik bunuh diri'. Mandat Presiden berlanjutan dua tahun lagi.

Rujukan

WikiPedia: Revolusi Yaman http://english.peopledaily.com.cn/90001/90777/9085... http://www.cnn.com/2011/WORLD/meast/06/03/yemen.un... http://www.deseretnews.com/article/700137365/Yemen... http://www.france24.com/en/20110529-suspected-al-q... http://www.kansascity.com/2011/06/05/2927897/gunme... http://www.nytimes.com/2011/04/24/world/middleeast... http://www.nytimes.com/2011/06/03/world/middleeast... http://af.reuters.com/article/tunisiaNews/idAFLDE7... http://www.washingtonpost.com/world/middle-east/sp... http://online.wsj.com/article/SB100014240527487044...